Kembali kita ke jalan yang sebenar-benar Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ). Bertaubatlah sekiranya kita terikut-ikut fahaman Wahabiyah. Fahamanan Wahabi tidak dibenarkan diajar di masjid-masjid atau surau-surau di Selangor. Laporkan kepada Bahagian Pengurusan Masjid JAIS sekiranya anda mendapati terdapat pelanggaran ini.
Sunday, August 15, 2021
Friday, February 26, 2021
Al marhum Datuk Abu Hasan Din
Friday, February 19, 2021
Ustaz Zamihan Al-Ghari - Wahabi Adalah Punca Umat Islam Berpecah
Ustaz Zamihan Al-Ghari - Wahabi Adalah Punca Umat Islam Berpecah
Mengapakah orang kita sekarang terikut-ikut bidaah dalam agama dan merekacipta kesesatan ?
Sebab tidak ada kekuatan akidah al sunnah wal jamaah.
Tiada kitab.
tiada guru
tak belajar
tidak minat
tak tahu
tak ingin tahu
tak ambil tahu
buat buat tak tahu
Sunday, January 24, 2021
Thursday, January 14, 2021
Saturday, January 9, 2021
Fatwa Hukum Buku Karangan Dr. Mohd Naim Yasin Bertajuk "Al-Iman Arkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu" dan Buku Terjemahan
Fatwa Hukum Buku Karangan Dr. Mohd Naim Yasin Bertajuk "Al-Iman Arkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubtilatuhu" dan Buku Terjemahan
1. Kandungan dan fakta dalam buku karangan Dr. Mohd Naim Yasin bertajuk "Al-Iman Arkanuhu Wa Hakikatuhu Wa Mubilatuhu" dan buku terjemahannya dalam Bahasa Melayu bertajuk "Al-Iman, Rukunnya, Hakikatnya, Pembatalannya" sama ada dalam versi jawi, rumi atau lain-lain bahasa terjemahan adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar menurut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana mengandungi elemen-elemen seperti yang berikut:
(i) maksud beriman kepada Allah adalah beriman pada Tauhid Rububiyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma' Wa Sijat;
(ii) pembahagian Tauhid Rububiyyah, Tauhid Ulihiyyah dan Tauhid Asma' Wa Sifat (Tauhid Tiga) yang tidak disebut oleh para ulama Salaf dan Khalaf; dan
(iii) menolak ta'wil yang telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah pegangan al-A'syairah dan al-Maturudiah.
Sunday, December 27, 2020
Kenapakah majlis tahlil di sesetengah surau dan masjid SUDAH TIADA lagi? Inilah jawapannya..
Strategik menghakis amalan tahlil di surau atau masjid adalah dengan menyatakan tahlil itu adalah bidaah dan dituduh sebagai adat orang Melayu. Orang ramai telah dikelirukan menjadikan ramai yang serba salah dan kini apakah rancangan mereka ?
Tuesday, October 20, 2020
Konsolidasi Malaysia Baru - Datuk Husam Musa
Malaysia telah mengalami kerugian di segi ekonomi setelah berlaku peperangan ekonomi US-China dan sedang berlaku, terdapat perpindahan syarikat-syarikat asing ke Vietnam, Singapore dan Indonesia Malaysia telah tercicir kerana politik yang tidak stabil.
Sunday, October 11, 2020
Amalan didakwa sebagai bid’ah yang dikatakan adat melayu.
Ramai yang kabur apabila muncul ada sekelompok agamawan atau pun ustaz yang datang bagi kuliah dan memberi fatwa amalan-amalan masyarakat melayu adalah amalan adat melayu yang tiada di dalam quran dan hadith.
Bagi mereka yang tengah mencari-mencari ilmu dan tidak mempunyai fahaman yang kuat tentang as sunnah wal jammah, mereka akan terus percaya kerana yang memberitahu hal ini adalah ustaz yang dipercayai ilmuwannya. Maka terjadilah dua kelompok di dalam sesebuah masyarakat iaitu kelompok yang mengamalkan apa yang dikatakan bid'ah yang menjadi adat orang melayu dan kelompok yang meletakkan fatwa ianya bid'ah serta cuba terus menghapuskan amalan ini mengikut ketua agama di dalam sesebuah mukim, kawasan atau pun kampung halaman.
Bagi masyarakat yang tinggal di Selangor, terdapat Fatwa di Bawah Seksyen 47. Eloklah kita tahu dan jangan kita sekali-sekali meletakkan mereka yang mengamalkan amalan yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai amalan melayu ini bid'ah.
MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
[En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha
Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut
subseskyen 48(6) Enakmen itu.
JADUAL/SCHEDULE
FATWA MENANGANI PERSOALAN BID’AH DALAM
MASALAH IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURU’
Persoalan khilafiah adalah perkara Ijtihatiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan
bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama’ muktabar sejak
dahulu.
Pandangan jumhur ulama’ sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan
mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara
khilafiyyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam
Di antara amalan yang didakwa sebagai bid’ah adalah:
● Membaca Yasin pada malam Jumaat
● Konsep pengamalan Hadith Dhaif
● Akikah dengan kambing sahaja
● Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
● Mengadakan kenduri arwah
● Solat sunat sebelum Jumaat
● Menyambut Maulid Al-Rasul pada 12 Rabiul Awwal setiap tahun
● Membaca qunut dalam solat Subuh
● Membaca Yasin 3 kali di malam Nisfu Syaaban
● Bersalaman selepas solat berjemaah
● Menyebut lafaz ‘Usalli’ dalam niat solat
● Menyapu muka selepas memberi salam
● Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai-ramai selepas solat fardu
● Membaca ‘Basmalah’ secara kuat/nyaring dalam solat fardu
● Fidyah solat
● Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih sama ada 20 atau 8 rakaat
● Berdoa beramai-ramai selepas solat berjamaah
● Terbatal ‘wudu’ dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus
dikahwini
Bertarikh 17 Julai 2014 / Dated 17 July 2014
Dengan Titah Perintah / By command
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor
Chairman of Fatwa Selangor / Chairman of the Fatwa Committee Selangor
------nota tambahan----
Bahaya WAHHABI - Ustaz Azhar Idrus
----tamat nota tambahan---

















































