Ramai yang kabur apabila muncul ada sekelompok agamawan atau pun ustaz yang datang bagi kuliah dan memberi fatwa amalan-amalan masyarakat melayu adalah amalan adat melayu yang tiada di dalam quran dan hadith.
Bagi mereka yang tengah mencari-mencari ilmu dan tidak mempunyai fahaman yang kuat tentang as sunnah wal jammah, mereka akan terus percaya kerana yang memberitahu hal ini adalah ustaz yang dipercayai ilmuwannya. Maka terjadilah dua kelompok di dalam sesebuah masyarakat iaitu kelompok yang mengamalkan apa yang dikatakan bid'ah yang menjadi adat orang melayu dan kelompok yang meletakkan fatwa ianya bid'ah serta cuba terus menghapuskan amalan ini mengikut ketua agama di dalam sesebuah mukim, kawasan atau pun kampung halaman.
Bagi masyarakat yang tinggal di Selangor, terdapat Fatwa di Bawah Seksyen 47. Eloklah kita tahu dan jangan kita sekali-sekali meletakkan mereka yang mengamalkan amalan yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai amalan melayu ini bid'ah.
MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
[En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha
Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut
subseskyen 48(6) Enakmen itu.
JADUAL/SCHEDULE
FATWA MENANGANI PERSOALAN BID’AH DALAM
MASALAH IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURU’
Persoalan khilafiah adalah perkara Ijtihatiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan
bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama’ muktabar sejak
dahulu.
Pandangan jumhur ulama’ sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan
mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara
khilafiyyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam
Di antara amalan yang didakwa sebagai bid’ah adalah:
● Membaca Yasin pada malam Jumaat
● Konsep pengamalan Hadith Dhaif
● Akikah dengan kambing sahaja
● Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
● Mengadakan kenduri arwah
● Solat sunat sebelum Jumaat
● Menyambut Maulid Al-Rasul pada 12 Rabiul Awwal setiap tahun
● Membaca qunut dalam solat Subuh
● Membaca Yasin 3 kali di malam Nisfu Syaaban
● Bersalaman selepas solat berjemaah
● Menyebut lafaz ‘Usalli’ dalam niat solat
● Menyapu muka selepas memberi salam
● Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai-ramai selepas solat fardu
● Membaca ‘Basmalah’ secara kuat/nyaring dalam solat fardu
● Fidyah solat
● Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih sama ada 20 atau 8 rakaat
● Berdoa beramai-ramai selepas solat berjamaah
● Terbatal ‘wudu’ dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus
dikahwini
Bertarikh 17 Julai 2014 / Dated 17 July 2014
Dengan Titah Perintah / By command
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor
Chairman of Fatwa Selangor / Chairman of the Fatwa Committee Selangor
------nota tambahan----
Bahaya WAHHABI - Ustaz Azhar Idrus
----tamat nota tambahan---



