Kembali kita ke jalan yang sebenar-benar Ahli Sunnah Wal Jamaah(ASWJ). Bertaubatlah sekiranya kita terikut-ikut fahaman Wahabiyah. Fahamanan Wahabi tidak dibenarkan diajar di masjid-masjid atau surau-surau di Selangor. Laporkan kepada Bahagian Pengurusan Masjid JAIS sekiranya anda mendapati terdapat pelanggaran ini.
Sekarang ekonomi Malaysia telah merosot disebabkan oleh pandemik convid-19 dan juga ketidakstabilan politik yang telah melanda rakyat Malaysia.
Malaysia telah mengalami kerugian di segi ekonomi setelah berlaku peperangan ekonomi US-China dan sedang berlaku, terdapat perpindahan syarikat-syarikat asing ke Vietnam, Singapore dan Indonesia Malaysia telah tercicir kerana politik yang tidak stabil.
Kupasan Datuk Husam Musa tentang Malaysia Baru amatlah tepat sekali. Memahami politik penyatuan pada masa ini.
Ramai yang kabur apabila muncul ada sekelompok agamawan atau pun ustaz yang datang bagi kuliah dan memberi fatwa amalan-amalan masyarakat melayu adalah amalan adat melayu yang tiada di dalam quran dan hadith.
Bagi mereka yang tengah mencari-mencari ilmu dan tidak mempunyai fahaman yang kuat tentang as sunnah wal jammah, mereka akan terus percaya kerana yang memberitahu hal ini adalah ustaz yang dipercayai ilmuwannya. Maka terjadilah dua kelompok di dalam sesebuah masyarakat iaitu kelompok yang mengamalkan apa yang dikatakan bid'ah yang menjadi adat orang melayu dan kelompok yang meletakkan fatwa ianya bid'ah serta cuba terus menghapuskan amalan ini mengikut ketua agama di dalam sesebuah mukim, kawasan atau pun kampung halaman.
Bagi masyarakat yang tinggal di Selangor, terdapat Fatwa di Bawah Seksyen 47. Eloklah kita tahu dan jangan kita sekali-sekali meletakkan mereka yang mengamalkan amalan yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai amalan melayu ini bid'ah.
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI SELANGOR) 2003
FATWA DI BAWAH SESKYEN 47
MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
[En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha
Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut
subseskyen 48(6) Enakmen itu.
JADUAL/SCHEDULE
FATWA MENANGANI PERSOALAN BID’AH DALAM
MASALAH IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURU’
Persoalan khilafiah adalah perkara Ijtihatiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan
bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama’ muktabar sejak
dahulu.
Pandangan jumhur ulama’ sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan
mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara
khilafiyyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam
Di antara amalan yang didakwa sebagai bid’ah adalah:
● Membaca Yasin pada malam Jumaat
● Konsep pengamalan Hadith Dhaif
● Akikah dengan kambing sahaja
● Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
● Mengadakan kenduri arwah
● Solat sunat sebelum Jumaat
● Menyambut Maulid Al-Rasul pada 12 Rabiul Awwal setiap tahun
● Membaca qunut dalam solat Subuh
● Membaca Yasin 3 kali di malam Nisfu Syaaban
● Bersalaman selepas solat berjemaah
● Menyebut lafaz ‘Usalli’ dalam niat solat
● Menyapu muka selepas memberi salam
● Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai-ramai selepas solat fardu
● Membaca ‘Basmalah’ secara kuat/nyaring dalam solat fardu
● Fidyah solat
● Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih sama ada 20 atau 8 rakaat
● Berdoa beramai-ramai selepas solat berjamaah
● Terbatal ‘wudu’ dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus
dikahwini
Bertarikh 17 Julai 2014 / Dated 17 July 2014
Dengan Titah Perintah / By command
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor
Chairman of Fatwa Selangor / Chairman of the Fatwa Committee Selangor
------nota tambahan----
Mungkin anda masih terfikir apakah nama kelompok ini ... boleh lah anda mentelah youtube dari Ustaz Wadi Annuar dan Ustaz Azhar Idrus tentang mereka ini.
Pada hari Isnin 5-Oktober-2020, sekali lagi kolam tadahan di taman Sutera telah merekodkan tragedi budak lemas sebanyak 2 orang. Iaitu adik beradik kakak yang berumur 10 tahun manakala adik lelaki yang berumur 8 tahun. Menurut cerita dari orang ramai, ada brader (https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/627806/saya-tak-fikir-apa-apa-ketika-terjun)
yang tolong selamatkan kedua-dua budak ini. Setelah tibanya bomba, pihak bomba telah memberi bantuan resusitasi kardiopulmonari(CPR). Mereka semua disimpan di kampung halaman mereka di negeri Terengganu.