Sunday, December 27, 2020

Kenapakah majlis tahlil di sesetengah surau dan masjid SUDAH TIADA lagi? Inilah jawapannya..

 Strategik menghakis amalan tahlil di surau atau masjid adalah dengan menyatakan tahlil itu adalah bidaah dan dituduh sebagai adat orang Melayu. Orang ramai telah dikelirukan menjadikan ramai yang serba salah dan kini apakah rancangan mereka ? 

Siapakah mereka ini? Adakah mereka ada dikalangan kita ? Kenalilah mereka untuk menjaga ibadat kita dan pegangan aqidah as Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenarnya.

Golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah mereka yang beriktikad seperti Iktikad Rasulullah SAW dan para sahabatnya, seperti yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah sebagaimana menurut du orang tokoh ulama Usuluddin Imam Abu Hasan al Asy’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi yang telah mengumpul dan menyusun prinsip-prinsip Khutbah Jumaat 06 April 2018M / 19 Rejab 1439H: “Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Pegangan Kita”. Jabatan Agama Islam Selangor 4 akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berasaskan al-Quran dan al-Sunnah.  Rujuk Pautan



Tahlil itu bidaah. 




Ustaz Mahfuz Muhammad - Terbongkar! Senarai Golongan Wah@bi Malaysia
MAIS

Tuesday, October 20, 2020

Konsolidasi Malaysia Baru - Datuk Husam Musa

 


Sekarang ekonomi Malaysia telah merosot disebabkan oleh pandemik convid-19 dan juga ketidakstabilan politik yang telah melanda rakyat Malaysia.

Malaysia telah mengalami kerugian di segi ekonomi setelah berlaku peperangan ekonomi US-China dan sedang berlaku, terdapat perpindahan syarikat-syarikat asing ke Vietnam, Singapore dan Indonesia Malaysia telah tercicir kerana politik yang tidak stabil.

 Kupasan Datuk Husam Musa tentang Malaysia Baru amatlah tepat sekali. Memahami politik penyatuan pada masa ini. 

Sunday, October 11, 2020

Amalan didakwa sebagai bid’ah yang dikatakan adat melayu.

Ramai yang kabur apabila muncul  ada sekelompok agamawan atau pun ustaz yang datang bagi kuliah dan memberi fatwa amalan-amalan masyarakat melayu adalah amalan adat melayu yang tiada di dalam quran dan hadith.

Bagi mereka yang tengah mencari-mencari ilmu dan tidak mempunyai fahaman yang kuat tentang as sunnah wal jammah, mereka akan terus percaya kerana yang memberitahu hal ini adalah ustaz yang dipercayai ilmuwannya. Maka terjadilah dua kelompok di dalam sesebuah masyarakat iaitu kelompok yang mengamalkan apa yang dikatakan bid'ah yang menjadi adat orang melayu dan kelompok yang meletakkan fatwa ianya bid'ah serta cuba terus menghapuskan amalan ini mengikut ketua agama di dalam sesebuah mukim, kawasan atau pun kampung halaman.

Bagi masyarakat yang tinggal di Selangor, terdapat Fatwa di Bawah Seksyen 47. Eloklah kita tahu dan jangan kita sekali-sekali meletakkan mereka yang mengamalkan amalan yang didakwa oleh sesetengah pihak sebagai amalan melayu ini bid'ah.

Rujuk pautan http://www.muftiselangor.gov.my/en/component/phocadownload/category/9-koleksi-majalah-at-taqwa?download=32:koleksi-majalah-at-taqwa

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 
FATWA DI BAWAH SESKYEN 47

MENURUT seksyen 47 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

[En. 1/2003], Jawatankuasa Fatwa bagi Negeri Selangor, atas perintah Duli Yang Maha

Mulia Sultan menyediakan fatwa yang dinyatakan dalam Jadual dan disiarkan menurut

subseskyen 48(6) Enakmen itu.


JADUAL/SCHEDULE

FATWA MENANGANI PERSOALAN BID’AH DALAM

MASALAH IKHTILAF/KHILAF PERKARA FURU’


Persoalan khilafiah adalah perkara Ijtihatiyyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan

bid’ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama’ muktabar sejak

dahulu.


Pandangan jumhur ulama’ sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan

mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara

khilafiyyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam



Di antara amalan yang didakwa sebagai bid’ah adalah:

Membaca Yasin pada malam Jumaat

● Konsep pengamalan Hadith Dhaif

● Akikah dengan kambing sahaja

● Membaca tahlil dan talqin untuk si mati

● Mengadakan kenduri arwah

● Solat sunat sebelum Jumaat

● Menyambut Maulid Al-Rasul pada 12 Rabiul Awwal setiap tahun

● Membaca qunut dalam solat Subuh

● Membaca Yasin 3 kali di malam Nisfu Syaaban

● Bersalaman selepas solat berjemaah

● Menyebut lafaz ‘Usalli’ dalam niat solat

● Menyapu muka selepas memberi salam

● Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai-ramai selepas solat fardu

● Membaca ‘Basmalah’ secara kuat/nyaring dalam solat fardu

● Fidyah solat

● Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih sama ada 20 atau 8 rakaat

● Berdoa beramai-ramai selepas solat berjamaah

● Terbatal ‘wudu’ dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus

dikahwini


Bertarikh 17 Julai 2014 / Dated 17 July 2014

Dengan Titah Perintah / By command 

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID 

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Selangor 

Chairman of Fatwa Selangor / Chairman of the Fatwa Committee Selangor


------nota tambahan----

Mungkin anda masih terfikir apakah nama kelompok ini ... boleh lah anda mentelah youtube dari Ustaz Wadi Annuar  dan Ustaz Azhar Idrus tentang mereka ini.


Ustaz Wadi Annuar 




Bahaya WAHHABI - Ustaz Azhar Idrus


.... dan bacalah artikel di https://www.malaysiakini.com/columns/521691 yg bertajuk Habib lawan Wahabi oleh Faisal Tehrani.


----tamat nota tambahan---